Pembinasa Kelas Arleigh Burke
Pembinasa Kelas Arleigh Burke

Pembinasa Kelas Arleigh Burke

Kapal pembinasa Kelas Arleigh Burke merupakan sebuah kapal pembinasa peluru berpandu, dan salah satu daripada kelas-kelas kapal pembinasa yang terdapat di dalam Tentera Laut Amerika Syarikat. Ia merupakan kapal pembinasa pertama yang dibina berdasarkan Sistem Tempur Aegis dan radar jujukan fasa pelbagai fungsi SPY-1D. Kapal pertama dari kelas ini telah ditauliahkan pada 4 Julai 1991. Selepas pelucutan tauliah kapal terakhir dari Kelas Spruance, iaitu USS Cushing, pada 21 September 2005, kapal pembinasa Kelas Arleigh Burke menjadi satu-satunya kelas kapal pembinasa yang masih aktif di dalam Tentera Laut A.S.Kelas ini dinamakan sempenan Laksamana Arleigh "31-Knot" Burke, seorang pegawai kapal pembinasa Amerika Syarikat yang paling terkenal semasa Perang Dunia II. Laksamana Burke masih hidup apabila kapal pertama dari kelas ini ditauliahkan.

Rujukan

WikiPedia: Pembinasa Kelas Arleigh Burke http://blog.gulflive.com/mississippi-press-busines... http://www.naval-technology.com/projects/burke http://opencrs.com/document/RL32109 http://opencrs.com/document/RL32109/2010-02-26/?24... http://opencrs.com/document/RL32109/2010-06-14/dow... http://uk.reuters.com/article/idUKN262163972010022... http://www.upi.com/Business_News/Security-Industry... http://www.destroyerhistory.org/arleighburkeclass/... http://www.destroyerhistory.org/index.asp http://www.globalsecurity.org/military/systems/shi...